



Dah beberapa kali hantar motor dekat bengkel ni untuk servis biasa. Lokasi betul2 berdepan Brother John Kopitiam MITC. Setakat ni memang puas hati dengan kerja pomen sini. Owner kedai pun mahir bab motosikal. Last datang tukar minyak hitam dan tayar motor, check brek dan rantai sekali. Mekanik pun jenis senang berurusan, chill jer dan paling penting JUJUR. Kalau ada masalah dia explain dulu sebelum buat repair. Kerja laju, kemahiran cekap, harga servis motor pun masih berpatutan (takde main tukar barang sesuka hati pastu bagi rate harga cekik darah). Bagi saya bengkel motor macam ni memang bagus sebab kerja kemas + layanan okay. Recommended untuk sesiapa yang cari tempat repair motor, emergency tayar pancit or rosak atau servis motor mingguan utk area ayer keroh dan sekitar taman tasik utama. Banyak student utem dan rider grab customer tetap sini. Waktu operasi 11am-6.30pm buka setiap hari (jumaat tutup).
εΎε₯½ε